Assalammualaikum kepada
pembaca setia blog saya dan juga pembaca baru hheheehe..Harapnya korang semua
baik-baik saja and happy selalu..Okay macam biasa hari ni saya nak share ngan
korang pasal tote beg...Tapi kali ni lagi menarik sebab maklumat ini akan buat
kan korag berfikir secara mendalam dan betu-betul untuk membuat sesuatu
pembelian ceh ayat ahahhaah okay jeng,jeng jeng, mengenai jenis-jenis
kain tote beg...
Jenis-jenis kain tote
beg
Terdapat
pelbagai jenis tote beg yang diperbuat daripada kain yang berbeza. Kain-kain
ini mempengaruhi kecenderungan kita untuk membeli beg tersebut. Ada sesetengah
orang memilih tote beg berdasarkan corak tanpa menitikberatkan jenis kain beg.
Selain itu, ada yang amat mementingkan jenis kain yang digunakan untuk
mendhasilkan tote beg tersebut.
Korag tahu tak terdapat
4 jenis kain yang sering kali digunakan sebagai kain tote beg. Jenis-jenis kain
ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
JENIS-JENIS KAIN TOTE
BEG:
✨Spunbond
Spunbond merupakan jenis kain yang terhasil dari serat panjang dan dicampurkan
kedalan campuran kimia dengan cat pelarut yang dipanaskan. Kualiti kain ini
tidak sekuat kanvas atau blancu namun begitu, Spunbond dapat digunakan sebagai
pengganti beg plastik. Oleh itu, beg yang diperbuat daripada Spunbond sering
digunakan dalam pembuatan beg kitar semula (Go Green Beg) untuk mengurangkan
penggunaan beg plastik misalnya di pusat membeli-belah.
✨Blacu
Tahukah anda kain Blacu merupakan kain yang tdiperbuat dari mori yang belum
memasuki tahap pemutihan. Salah satu keistimewaan blacu adalah fleksibilitinya,
sehingga dapat dibentuk dengan mudah. teksturnya kasar dan agak tipis, namun
begitu, kain jenis blacu amat sesuai digunakan untuk menghasilkan tote beg yang
berwarna terang dan kuat.
✨Kanvas
Kain jenis Kanvas merupakan kain yang sering digunakan oleh pembekal dalam menghasilkan
tote beg. Seperti kain Blacu, kain Kanvas juga diperbuat daripada mori yang
telah selesai melalui proses pemutihan dan menghasilkan warna yang agak
keabu-abuan atau putih gading. Tekstur kain kanvas lebih halus dan tidak
sekeras blacu. Oleh itu, merit utama kain kanvas merupakan kainnya yang halus
dan lembut.
✨Drill
Kain Drill merupakan kain yang mempunyai serat dan garis-garis vertikal atau
slash. Umumnya, kain ini diperbuat dari campuran cotton dengan polyester. Kadar
campuran kedua-dua bahan memberi kesan kepada kualiti tote beg yang
dikeluarkan. Semakin tinggi kadar kain cotton, maka semakin tinggi harga beg
tersebut. Hal yang demikian kerana kain cotton pada beg menjadikan beg tersebut
lebih kuat, tidak mudah kusut & pudar. Oleh itu, kain jenis drill amat
sesuai digunakan untuk menghasilkan tote beg yang tidak mudah pudar.
Korang nk cakap ni cepat2 tau grab tote bag from bonamana star sementara stok warna yabg lawa2 masih ada..nnti jgn menyesal hehehehe...okay mcm biasa link boleh tekan link di bawah kalau nk purchase okay..
Shopee : https://shopee.com.my/bonamana_star.my
Facebook : https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354
#totebagscantik #totebagsmurah #totebagsletops
No comments:
Post a Comment