Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca
setia saya. Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik serta sentiasa
berada dalam lindungan Allah SWT hendaknya. Hurmm okay hari ini aku rasa aku nak
share dengan korang mengenai FEP di UKM Bangi. Ha mungkin ada yang dah tahu apa
itu FEP dan mungkin ada juga yang tak tahu apa itu FEP. Tak pe, aku aku bagi
nama penuh singkatan bagi FEP ini ialah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Ha
kenapa aku nak share pasal fakulti ini sebab aku adalah salah seorang student
daripada fakulti ni huhuhuhu. Apa yang aku suka pasal FEP ni ialah sebab
blok-blok di sini tersusun, maknya kalau korang nak cari dewan kuliah, bilik
seminar, makmal computer atau sebagainya
senang je, sebab tersusun. Aku mula perasan bila kawan aku dari FEP yang nak
tukar kos ke FSSK (Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan) dia mengeluh sebab nak
cari pejabat dekan FSSK tak jumpa-jumpa and then dia cakap lah dekat aku FSSK
ni bilik-bilik dia berterabur sikit berbanding dengan FEP yang tersusun cantik
cehhh hahaahhaah. Aku pun tak tau sebab mungkin aku tak pernah terokai lagi
FSSK heheheh.
Apa yang aku nak share dengan korang ni adalah mengenai kos
yang ada di FEP.Basically, di FEP ada 3 kos iaitu Sarjana Muda Pentadbiran
Perniagaan, Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi.
Untuk ketiga-tiga kos ni semua students dekat FEP akan belajar subjek yang sama
selama satu tahun ataupun 2 semester. Antara subjeknya ialah aplikasi computer,
pengantar pengurusan, makroekonomi, mikroekonomi, prinsip perakaunan, matematik
untuk perniagaan dan ekonomi, statistic untuk ekonomi dan perniagaan dan
lain-lain lagi lah. Tapia da juga yang lain macam students ekonomi kena ambik
ekonomi islam macam tu lah tak silapaku. Maklumlah aku bukan student ekonomi
ahahahahha. So nanti bila tahun kedua baru ada major untuk kos ekonomi dan
pentadbiran perniagaan. Cuma kos keusahwanan sahaja merupakan kos tunggal di
FEP.
Okay contohnya, bila students pentadbiran perniagaan dan
tahun 2 dia orng boleh pilih major yang dia orang nak. Antaranya yang aku tahu
ialah, perakaunan, perkhidmatan kewagan dan pengurusan risiko, pemasaran,
pengurusan sumber manusia, perniagaan antarabangsa dan lain-lain. Bagi kos
ekonomi pula, antara major yang di tawarkan oleh fakulti ialah, ekonomi
industry dan antarabangsa, ekonomi islam, ekonomi sumber dan alam sekitar,
ekonomi dan statistic gunaan dan lain-lain. Dan macam yang aku cakap tadi bagi
kos keusahawanan dan inovasi pula , kos ini merupakan kos tunggal heheheheh dan
aku juga adalah seorang student dari kos Sarjana Muda Keusahawanan Inovasi.
Jadi, aku harap dengan perkongsian aku ini memberi gambaran
dan sasaran kepada korang di luar sana yan berazam untuk melanjutkan pengajian
di UKM terutama sekali di Fakulti Ekonomidan Pengurusan. Jangan lupa juga pilih
kos Keusahawanan Inovasi. Best hehheeheh. Jumpa di hari yang akan datang dan
semoga korang semua berjaya dunia dan akhirat hendakny. Byeee korang. J
Kalau sem 2 nanti boleh x nak tukar course ?
ReplyDelete