Friday, December 18, 2020

9 Tips Pemasaran Dengan Facebook untuk Bisnes Skala Kecil๐ŸŽˆ๐ŸŽ

 

Assalammualaikum & hai semua. Hari ni saya nk share dengan korang 9 cara promosi perniagaan melalui Facebook untuk perniagaan kecil untuk memaksimumkan perniagaan anda dengan kerja yang minimum. If rasa bermanfaat korang boleh follow or share dengan kawan-kawan yang ada buat business kecil-kecilan macam saya okay…

1) Tetapkan tujuan yang realistik
Jangan berharap untuk mendapatkan ribuan ”LIKE” dalam bulan pertama Anda, tetapi berfikirlah dengan realistik dengan mulakan dari yang kecil untuk mendapat angka yang lebih besar.

2) Luangkan sedikit waktu anda
Cuba untuk membahagikan waktu anda, paling 1 satu jam sehari untuk update posting Facebook tentang perniagaan anda dan berkomunikasi terus dengan pelanggan.

3) Pelajari sebanyak yang boleh
Ambil catatan berdasarkan pengalaman anda dengan Facebook. Buat catatan tentang hal-hal yang anda tidak mengerti. Anda juga boleh mencari banyak informasi di Google, Yahoo atau Bing atau boleh juga bertanya pada yang pakar dalam Facebook marketing.

4) Mulakan iklan dengan modal kecil
Anda boleh mula membuat iklan Facebook ads untuk melihat seperti apa hasilnya dengan kos iklan yang dikeluarkan samada efektif atau tidak. Kaji kedudukan demografi dan kata-kata kunci (keyword) untuk menghasilkan Return of Investment (ROI) yang bagus.

5)Buat halaman Fanpage
Buatlah halaman Fanpage untuk perniagaan anda. Setelah anda buat Fanpage, undanglah semua teman-teman anda agar menjadi FANS pertama untuk halaman Facebook anda.

6) Status dengan yang terkini
Update status Fanpage anda dengan status terkini yang boleh mendorong teman anda untuk terlibat aktif dengan halaman perniagaan anda. Hal ini akan membuat status Fanpage anda banyak memperolehi LIKE.

7) Sapa FANS anda
Kirim ucapan terima kasih tepat setelah seseorang mengklik “LIKE” pada halaman anda, Perhatikan baik-baik apa yang dilontarkan atau yang disarankan oleh FANS laman Facebook perniagaan anda, dari sana anda akan membuat fanspage lebih aktif dan berkembang.

8) Jangan spam
Ramai yang telah cukup geram menerima spam di email atau Inbox mereka, dan pastinya akan sangat terganggu jika anda terikut-ikut mengirimkan pesanan terus ke inbox/email mereka. Jika anda sesuatu yang ingin disampaikan, cukup tuliskan di STATUS FACEBOOK anda.

9) Promosi kupon diskaun
Berikanlah kupon diskaun untuk menarik peminat pembeli anda, agar mereka berminat untuk membelinya/berlanggan dengan anda. Lakukan secara berkala agar pelanggan yang sudah ada tetap setia dengan anda.

Kali ni takkan nk tengok je kan....kena grab you all...jgn lepaskan peluang selagi stok masih ada wokay...boleh tekan link ni yee...

Shopee :https://shopee.com.my/bonamana_star.my

Facebook :  https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354

#totebagscantik #totebagsmurah #totebagsletops

Saturday, December 5, 2020

Jenis-Jenis Kain Tote Bag๐Ÿ‘œ๐Ÿงต

 

Assalammualaikum kepada pembaca setia blog saya dan juga pembaca baru hheheehe..Harapnya korang semua baik-baik saja and happy selalu..Okay macam biasa hari ni saya nak share ngan korang pasal tote beg...Tapi kali ni lagi menarik sebab maklumat ini akan buat kan korag berfikir secara mendalam dan betu-betul untuk membuat sesuatu pembelian ceh ayat ahahhaah okay jeng,jeng jeng,  mengenai jenis-jenis kain tote beg...

Jenis-jenis kain tote beg

Terdapat pelbagai jenis tote beg yang diperbuat daripada kain yang berbeza. Kain-kain ini mempengaruhi kecenderungan kita untuk membeli beg tersebut. Ada sesetengah orang memilih tote beg berdasarkan corak tanpa menitikberatkan jenis kain beg. Selain itu, ada yang amat mementingkan jenis kain yang digunakan untuk mendhasilkan tote beg tersebut.

Korag tahu tak terdapat 4 jenis kain yang sering kali digunakan sebagai kain tote beg. Jenis-jenis kain ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

JENIS-JENIS KAIN TOTE BEG:

Spunbond
Spunbond merupakan jenis kain yang terhasil dari serat panjang dan dicampurkan kedalan campuran kimia dengan cat pelarut yang dipanaskan. Kualiti kain ini tidak sekuat kanvas atau blancu namun begitu, Spunbond dapat digunakan sebagai pengganti beg plastik. Oleh itu, beg yang diperbuat daripada Spunbond sering digunakan dalam pembuatan beg kitar semula (Go Green Beg) untuk mengurangkan penggunaan beg plastik misalnya di pusat membeli-belah.

Blacu
Tahukah anda kain Blacu merupakan kain yang tdiperbuat dari mori yang belum memasuki tahap pemutihan. Salah satu keistimewaan blacu adalah fleksibilitinya, sehingga dapat dibentuk dengan mudah. teksturnya kasar dan agak tipis, namun begitu, kain jenis blacu amat sesuai digunakan untuk menghasilkan tote beg yang berwarna terang dan kuat.

Kanvas
Kain jenis Kanvas merupakan kain yang sering digunakan oleh pembekal dalam menghasilkan tote beg. Seperti kain Blacu, kain Kanvas juga diperbuat daripada mori yang telah selesai melalui proses pemutihan dan menghasilkan warna yang agak keabu-abuan atau putih gading. Tekstur kain kanvas lebih halus dan tidak sekeras blacu. Oleh itu, merit utama kain kanvas merupakan kainnya yang halus dan lembut.

Drill
Kain Drill merupakan kain yang mempunyai serat dan garis-garis vertikal atau slash. Umumnya, kain ini diperbuat dari campuran cotton dengan polyester. Kadar campuran kedua-dua bahan memberi kesan kepada kualiti tote beg yang dikeluarkan. Semakin tinggi kadar kain cotton, maka semakin tinggi harga beg tersebut. Hal yang demikian kerana kain cotton pada beg menjadikan beg tersebut lebih kuat, tidak mudah kusut & pudar. Oleh itu, kain jenis drill amat sesuai digunakan untuk menghasilkan tote beg yang tidak mudah pudar.

Korang nk cakap ni cepat2 tau grab tote bag from bonamana star sementara stok warna yabg lawa2 masih ada..nnti jgn menyesal hehehehe...okay mcm biasa link boleh tekan link di bawah kalau nk purchase okay..

Shopee :  https://shopee.com.my/bonamana_star.my

Facebook : https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354

#totebagscantik #totebagsmurah #totebagsletops

Kelebihan Jual Barang di Shopee

 Assalamualaikum semua...Apa khabar? saya baik2 saja..Harapnya kamu semua baik2 saya...Alright hari ni saya nak share dengan korang semua ke...