Tuesday, September 24, 2019

Pengalaman belajar di Tingkatan 6 : Tips & Nasihat

Assalamualaikum semua and apa khabar? Harap korang semua berada dalam keadaan baik hendaknya. Alright hari ni aku nak share ngan korang semua, terutama sekali untuk adik-adik semua yang dekat luar sana sekarang ni sedang menyambung pengajian di tingkatan 6. Okay hari ni aku nak share lah dengan korang semua tips belajar untuk students STPM.


Yang pertama sekali, kau kena betulkan balik apa niat sebenar kau masuk form 6. Macam aku dulu, niat aku sambung form 6 sebab aku ikhlas nak menuntut ilmu. Aku nak jadi manusia berilmu & berjaya. Sebab aku fikir kalau niat ikhlas nak tuntut ilmu, dengan mudahnya ilmu tu akan datang pada kau. InshaAllah. Sebab aku tahu tak semua yang masuk tingkatan 6 ini adalah pilihan korang kan. Macam aku jugak hehehhe. Tapi korang apa yang paling penting korang kena percaya dengan qada dan qadar Allah sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


Yang kedua, tahu misi ataupun tujuan kenapa korang berada dimana korang berada sekarang. Tanya diri kau balik, kenapa kau masuk form 6. Sebab mak paksa ke? sebab dah takde universiti yang terima kau? sebab kau malas nak fikir, jadi kau masuk form 6? tapi mostly ramai yang kata korang masuk form 6 sebab nak ringankan beban mak ayah and korang nak cepat sambung degree kan hehehe. Sebab ni pun salah satu sebab kenapa aku masuk form 6 ni. Yelah belajar kat form 6 ni tak banyak pakai duit sangat mcm kat universiti. Lagi satu, form 6 takde ptptn so takde hutang apa la kau nak kena bayar lepas habis form 6. Bila kau dah masuk form 6 ni, kau kena ada tujuan & misi yang jelas. Sebab ni penting untuk korang tahu apa yang korang nak capai untuk masa hadapan korang semua.


Okay aku rasa ni paling penting lah dan ini yang selalu budak-budak lupa dan abaikan. Hormat dan restu mak ayah dan cikgu tu penting sebab nak cari keberkatan.Tolong jaga baik2 hubungan dengan mak ayah. Begitu jugak hubungan kau dengan cikgu, elakkan rasa marah atau benci. Masa cikgu tengah mengajar dan bagi penjelasan, tolonglah bagi perhatian sepenuhnya. Bila berjumpa, bagi salam dan tak salah pun kalau kau nak salam cium tangan cikgu tu bila habis class. ( tapi kalau kau perempuan, cikgu tu lelaki...tak payahlah mengada nak salam jugak!) 


So, tips aku yang terakhir adalah , berkaitan dengan agama. Jaga solat 5 waktu, kalau rajin buat solat sunat tahajjud & hajat selalu. Sentiasa berdoa mintak Allah permudahkan kau menuntut ilmu dan berikan kejayaan pada kau. Sebab kalau bukan dengan izin Allah, kau takkan dapat apa-apa. Hurmmm jadi sampai sini je kot aku dapat share dengan korang pengalaman dan tips serta nasihat sewaktu aku belajar di tingkatan enam. Sehingga bertemu lagi di masa yangakan datang. Bye. Assalammualaikum.

Kelebihan Jual Barang di Shopee

 Assalamualaikum semua...Apa khabar? saya baik2 saja..Harapnya kamu semua baik2 saya...Alright hari ni saya nak share dengan korang semua ke...