Tuesday, January 5, 2021

Kelebihan Jual Barang di Shopee

 Assalamualaikum semua...Apa khabar? saya baik2 saja..Harapnya kamu semua baik2 saya...Alright hari ni saya nak share dengan korang semua kenapa saya guna dengan platform Shopee untuk start perniagaan saya walaupun kecil-kecilan dahulu...okay....So banyak tau kelebihannya...Let's see...


Ø   Pemilihan Shopee sebagai platform e-dagang dalam menjual dan memasarkan produk dari Bonamana Star adalah kerana shopee merupakan “platform online shopping” yang paling terbesar dan popular di Malaysia.

Ø    Shopee adalah portal online yang mesra pengguna. Jadi ini bermaksud perniagaan Bonamana Star boleh menguruskan tempahan menggunakan  applikasi telefon bimbit sahaja, termasuk mengemaskini nombor tracking dan membalas mesej pelangaan walupun dimana-mana sahaja penjual itu berada.

Ø  Ini juga memudahkan pelanggan yang ingin melakukan pembelian tote bag dengan perniagaan Bonamana Star kerana semua bayaran online daripada bank-bank utama di Malaysia di terima tanpa menyukarkan kedua-dua belah pihak iaitu penjual dan pembeli.

Ø  Dari segi pendaftaran adalah pecuma. Oleh itu sangat sesuai dengan pengurus kerana pengurus Perniagaan Bonamana Star merupakan seorang pelajar universiti. Jadi ia tidak memerlukan sijil perniagaan oleh SSM.

Ø   Ini membolehkan perniagaan Bonamana Star menjana pendapatan dengan mudah tanpa mendirikan lot kedai untuk berniaga.

Ø   Bukan itu sahaja, dari segi penghantaran pula amat mudah pengurus perniagaan Bonamana Star hanya perlu mencetak slip parcel dan lekatkan pada parcel pelanggan seterusnya parcel tersebut hanya diletkkan di pejabat kurier yang berdekatan. 

Alright macam biasa klau korang nak tahu lebih lanjut or nak terus purchase boleh tekan link shopee shop and facebook page niii.

https://shopee.com.my/bonamana_star.my

https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354 

#totebagscantik #totebagsmurah #totebgasletops




Friday, December 18, 2020

9 Tips Pemasaran Dengan Facebook untuk Bisnes Skala Kecil🎈🎁

 

Assalammualaikum & hai semua. Hari ni saya nk share dengan korang 9 cara promosi perniagaan melalui Facebook untuk perniagaan kecil untuk memaksimumkan perniagaan anda dengan kerja yang minimum. If rasa bermanfaat korang boleh follow or share dengan kawan-kawan yang ada buat business kecil-kecilan macam saya okay…

1) Tetapkan tujuan yang realistik
Jangan berharap untuk mendapatkan ribuan ”LIKE” dalam bulan pertama Anda, tetapi berfikirlah dengan realistik dengan mulakan dari yang kecil untuk mendapat angka yang lebih besar.

2) Luangkan sedikit waktu anda
Cuba untuk membahagikan waktu anda, paling 1 satu jam sehari untuk update posting Facebook tentang perniagaan anda dan berkomunikasi terus dengan pelanggan.

3) Pelajari sebanyak yang boleh
Ambil catatan berdasarkan pengalaman anda dengan Facebook. Buat catatan tentang hal-hal yang anda tidak mengerti. Anda juga boleh mencari banyak informasi di Google, Yahoo atau Bing atau boleh juga bertanya pada yang pakar dalam Facebook marketing.

4) Mulakan iklan dengan modal kecil
Anda boleh mula membuat iklan Facebook ads untuk melihat seperti apa hasilnya dengan kos iklan yang dikeluarkan samada efektif atau tidak. Kaji kedudukan demografi dan kata-kata kunci (keyword) untuk menghasilkan Return of Investment (ROI) yang bagus.

5)Buat halaman Fanpage
Buatlah halaman Fanpage untuk perniagaan anda. Setelah anda buat Fanpage, undanglah semua teman-teman anda agar menjadi FANS pertama untuk halaman Facebook anda.

6) Status dengan yang terkini
Update status Fanpage anda dengan status terkini yang boleh mendorong teman anda untuk terlibat aktif dengan halaman perniagaan anda. Hal ini akan membuat status Fanpage anda banyak memperolehi LIKE.

7) Sapa FANS anda
Kirim ucapan terima kasih tepat setelah seseorang mengklik “LIKE” pada halaman anda, Perhatikan baik-baik apa yang dilontarkan atau yang disarankan oleh FANS laman Facebook perniagaan anda, dari sana anda akan membuat fanspage lebih aktif dan berkembang.

8) Jangan spam
Ramai yang telah cukup geram menerima spam di email atau Inbox mereka, dan pastinya akan sangat terganggu jika anda terikut-ikut mengirimkan pesanan terus ke inbox/email mereka. Jika anda sesuatu yang ingin disampaikan, cukup tuliskan di STATUS FACEBOOK anda.

9) Promosi kupon diskaun
Berikanlah kupon diskaun untuk menarik peminat pembeli anda, agar mereka berminat untuk membelinya/berlanggan dengan anda. Lakukan secara berkala agar pelanggan yang sudah ada tetap setia dengan anda.

Kali ni takkan nk tengok je kan....kena grab you all...jgn lepaskan peluang selagi stok masih ada wokay...boleh tekan link ni yee...

Shopee :https://shopee.com.my/bonamana_star.my

Facebook :  https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354

#totebagscantik #totebagsmurah #totebagsletops

Saturday, December 5, 2020

Jenis-Jenis Kain Tote Bag👜🧵

 

Assalammualaikum kepada pembaca setia blog saya dan juga pembaca baru hheheehe..Harapnya korang semua baik-baik saja and happy selalu..Okay macam biasa hari ni saya nak share ngan korang pasal tote beg...Tapi kali ni lagi menarik sebab maklumat ini akan buat kan korag berfikir secara mendalam dan betu-betul untuk membuat sesuatu pembelian ceh ayat ahahhaah okay jeng,jeng jeng,  mengenai jenis-jenis kain tote beg...

Jenis-jenis kain tote beg

Terdapat pelbagai jenis tote beg yang diperbuat daripada kain yang berbeza. Kain-kain ini mempengaruhi kecenderungan kita untuk membeli beg tersebut. Ada sesetengah orang memilih tote beg berdasarkan corak tanpa menitikberatkan jenis kain beg. Selain itu, ada yang amat mementingkan jenis kain yang digunakan untuk mendhasilkan tote beg tersebut.

Korag tahu tak terdapat 4 jenis kain yang sering kali digunakan sebagai kain tote beg. Jenis-jenis kain ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

JENIS-JENIS KAIN TOTE BEG:

Spunbond
Spunbond merupakan jenis kain yang terhasil dari serat panjang dan dicampurkan kedalan campuran kimia dengan cat pelarut yang dipanaskan. Kualiti kain ini tidak sekuat kanvas atau blancu namun begitu, Spunbond dapat digunakan sebagai pengganti beg plastik. Oleh itu, beg yang diperbuat daripada Spunbond sering digunakan dalam pembuatan beg kitar semula (Go Green Beg) untuk mengurangkan penggunaan beg plastik misalnya di pusat membeli-belah.

Blacu
Tahukah anda kain Blacu merupakan kain yang tdiperbuat dari mori yang belum memasuki tahap pemutihan. Salah satu keistimewaan blacu adalah fleksibilitinya, sehingga dapat dibentuk dengan mudah. teksturnya kasar dan agak tipis, namun begitu, kain jenis blacu amat sesuai digunakan untuk menghasilkan tote beg yang berwarna terang dan kuat.

Kanvas
Kain jenis Kanvas merupakan kain yang sering digunakan oleh pembekal dalam menghasilkan tote beg. Seperti kain Blacu, kain Kanvas juga diperbuat daripada mori yang telah selesai melalui proses pemutihan dan menghasilkan warna yang agak keabu-abuan atau putih gading. Tekstur kain kanvas lebih halus dan tidak sekeras blacu. Oleh itu, merit utama kain kanvas merupakan kainnya yang halus dan lembut.

Drill
Kain Drill merupakan kain yang mempunyai serat dan garis-garis vertikal atau slash. Umumnya, kain ini diperbuat dari campuran cotton dengan polyester. Kadar campuran kedua-dua bahan memberi kesan kepada kualiti tote beg yang dikeluarkan. Semakin tinggi kadar kain cotton, maka semakin tinggi harga beg tersebut. Hal yang demikian kerana kain cotton pada beg menjadikan beg tersebut lebih kuat, tidak mudah kusut & pudar. Oleh itu, kain jenis drill amat sesuai digunakan untuk menghasilkan tote beg yang tidak mudah pudar.

Korang nk cakap ni cepat2 tau grab tote bag from bonamana star sementara stok warna yabg lawa2 masih ada..nnti jgn menyesal hehehehe...okay mcm biasa link boleh tekan link di bawah kalau nk purchase okay..

Shopee :  https://shopee.com.my/bonamana_star.my

Facebook : https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354

#totebagscantik #totebagsmurah #totebagsletops

Sunday, November 22, 2020

Jenis-Jenis Tote Bags👜👛👝

 

Assalammualaikum and hai korang…Harini saya nak share dengan korang semua sikit info mengenai salah satu barangan fesyen favourite ramai wanita termasuklah saya sendiri iaitu ‘TOTE BAGS’ atau dalam bahasa Malaysia adalah beg tote. Jika korang merupakan seorang penggemar fesyen yang sejati, korang seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas mengenai dunia fesyen. Dari jenis-jenis kasut, rekaan pakaian terkini hinggalah jenis-jenis beg yang berada di pasaran. Sebenarnya tidak ramai yang tahu bahawa koleksi tote bags ini terbahagi kepada 3 jenis kategori iaitu Luxury Tote Bags, Casual Tote Bags dan Beach Tote Bags. Untuk pengetahuan korang, jenis-jenis kategori ini terbahagi berdasarkan rekaan dan material yang digunakan untuk menghasilkan tote bags / beg tote tersebut.


1) LUXURY TOTE BAGS

Basically kesemua tote bags yang diperbuat daripada kulit dan pvc boleh dikategorikan sebagai luxury tote bags. Saya sangat sukakan Koleksi beg tote kategori ini sebabnya koleksi ini sesuai digayakan untuk ke pejabat mahupun bersiar-siar pada hujung minggu. Kiranya beg ini 2 in 1. Untuk gaya formal boleh dan santai pun boleh.

2) CASUAL TOTE BAGS

Jangan pelik jika koleksi beg seperti berikut juga dikategorikan sebagai casual tote bags. Biasanya ia diperbuat daripada material canvas atau cotton dan mudah untuk dicuci. Koleksi casual tote bags ini kerap digayakan oleh golongan remaja terutama pelajar termasuklah saya sendiri. Beg kategori ini paling simple untuk ke kelas. Selalunya saya sumbat semua barang termasuk buku dan alat tulis kedalam beg ini. Sampai sekarang beg tu masih elok. Kalau basuh beg itu memang orang tak tahu yang beg tersebut saya beli tiga tahun lepas. Hehe dan sebab tu juga saya jual beg ni sebab ramai suka kan heheheh.

3) BEACH TOTE BAGS

Dan kategori yang terakhir adalah koleksi beach tote bags yang biasanya boleh korang temui dalam rekaan ber-zip. Ia juga sering dijadikan sebagai travel beg kerana direka dengan ruangan yang agak luas. Sesuai untuk berjalan jauh dan kalau pergi berkelah pun okay jugak sebab boleh letak banyak barang dalam beg ini.

Ha tunggu apa lagii...kalau rasa nk tote bag yg lawa,letopsand murah...bleh usha2 shopee shop saya atau facebook page saya wokay..link dekat bawah tau...

Shopee : https://shopee.com.my/bonamana_star.my

Facebook : https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354

#totebagscantik #totebagsmurah #totebagsletops

Thursday, November 12, 2020

Apa itu Tote Bag & Fungsinya?🧐👜

Assalamualaikum semua...Apa khabar? Bersua kita kembali dalam blog saya yeahhh...Alright hari ni saya nak share dengan korang mengenai tote bag...Memandangakn saya menjual tote beg kan..So korang boleh lah tambah-tambah ilmu sikit heheheh...Okay rasanya ramai yang suka guna tote bag kan. Ada macam-macam design tote beg. Dari yang simple guna canvas/belacu putih hinggalah ditambah dengan berbagai aksesori untuk tampak lebih menarik.

Pernah tertanya-tanya mengapa tote bag dipanggil tote bag? Pada abad ke-17, orang biasa menggunakan istilah 'tote', kadang-kadang 'tate', yang bermaksud 'membawa' atau 'menanggung'. Pada ketika itu tote beg telah digunakan oleh semua orang yang diperbuat dari kain dan berbentuk seperti karung. Kalau korang nak tahu lebih terperinci korang boleh Google okay...Banyak maklumat korang boleh dapat...Seterusnya kita pergi kepada jenis design, kegunaan & fungsi tote beg...

Jenis design : Beg tangan jenis Tote / Tote handbag kebiasaannya berbentuk segi empat dan bersaiz lebar. Terdapat pelbagai pilihan fabrik seperti kulit, kanvas dan nilon pada sebuah beg tangan Tote. Tote bag ni ada macam-macam size, tapi selalunya size macam ni lah. Sesuai untuk Casual style ataupun Formal!

Kegunaan: Saiz besar dan lebar Tote sesuai digunakan untuk anda ke pejabat atau ke kolej. Buku dan laptop boleh dibawa menggunakan beg tangan Tote. Sangat berguna ya Tote bag ni!

Fungsi Tote Beg:

Tote bag kebiasaannya menjadi pilihan student kerana ianya mudah di bawa kemana saja dan boleh di isi dengan banyak benda seperti fail, buku-buku dan sebagainya.

Di bawah adalah fungsi tote bag:

1. Mudah dan senang digunakan
Tote bag sangat mudah digunakan kerana ianya hanya digantung di bahu kita sahaja. Ianya juga memudahkan anda untuk mencari barang.

2. Banyak kegunaan
Ianya sangat hanyak kegunaan bagi student universiti, orang yang bekerja kerana ianya sangat fleksibel dan memudahkan anda semua.

3. Penampilan anda nampak lebih elegen
Tote bag sangat mudah dan sesuai digayakan dengan pelbagai gaya anda.

4. Design yang unik dan berbeza
Tote bag mempunyai banyak design dari segi keperluannya, ukuran, bentuk dan sebagainya.

So kalau korang yang berkenaan dengan tote bags boleh terus purchase dekat saya okay....link seperti di bawah yee..nak usha2 dulu pun bolehh..then terus grab wokay..

Shopee : https://shopee.com.my/bonamana_star.my

Facebook : https://web.facebook.com/BonamanaStar-101131244990354

#totebagscantik #totebagsmurah #totebagsletops

Tuesday, October 8, 2019

FEP (Fakulti Ekonomi & Pengurusan) UKM Bangi


Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia saya. Semoga anda semua diberikan kesihatan yang baik serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT hendaknya. Hurmm okay hari ini aku rasa aku nak share dengan korang mengenai FEP di UKM Bangi. Ha mungkin ada yang dah tahu apa itu FEP dan mungkin ada juga yang tak tahu apa itu FEP. Tak pe, aku aku bagi nama penuh singkatan bagi FEP ini ialah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Ha kenapa aku nak share pasal fakulti ini sebab aku adalah salah seorang student daripada fakulti ni huhuhuhu. Apa yang aku suka pasal FEP ni ialah sebab blok-blok di sini tersusun, maknya kalau korang nak cari dewan kuliah, bilik seminar, makmal  computer atau sebagainya senang je, sebab tersusun. Aku mula perasan bila kawan aku dari FEP yang nak tukar kos ke FSSK (Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan) dia mengeluh sebab nak cari pejabat dekan FSSK tak jumpa-jumpa and then dia cakap lah dekat aku FSSK ni bilik-bilik dia berterabur sikit berbanding dengan FEP yang tersusun cantik cehhh hahaahhaah. Aku pun tak tau sebab mungkin aku tak pernah terokai lagi FSSK heheheh.

Apa yang aku nak share dengan korang ni adalah mengenai kos yang ada di FEP.Basically, di FEP ada 3 kos iaitu Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, Sarjana Muda Ekonomi dan Sarjana Muda Keusahawanan dan Inovasi. Untuk ketiga-tiga kos ni semua students dekat FEP akan belajar subjek yang sama selama satu tahun ataupun 2 semester. Antara subjeknya ialah aplikasi computer, pengantar pengurusan, makroekonomi, mikroekonomi, prinsip perakaunan, matematik untuk perniagaan dan ekonomi, statistic untuk ekonomi dan perniagaan dan lain-lain lagi lah. Tapia da juga yang lain macam students ekonomi kena ambik ekonomi islam macam tu lah tak silapaku. Maklumlah aku bukan student ekonomi ahahahahha. So nanti bila tahun kedua baru ada major untuk kos ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Cuma kos keusahwanan sahaja merupakan kos tunggal di FEP.

Okay contohnya, bila students pentadbiran perniagaan dan tahun 2 dia orng boleh pilih major yang dia orang nak. Antaranya yang aku tahu ialah, perakaunan, perkhidmatan kewagan dan pengurusan risiko, pemasaran, pengurusan sumber manusia, perniagaan antarabangsa dan lain-lain. Bagi kos ekonomi pula, antara major yang di tawarkan oleh fakulti ialah, ekonomi industry dan antarabangsa, ekonomi islam, ekonomi sumber dan alam sekitar, ekonomi dan statistic gunaan dan lain-lain. Dan macam yang aku cakap tadi bagi kos keusahawanan dan inovasi pula , kos ini merupakan kos tunggal heheheheh dan aku juga adalah seorang student dari kos Sarjana Muda Keusahawanan Inovasi.

Jadi, aku harap dengan perkongsian aku ini memberi gambaran dan sasaran kepada korang di luar sana yan berazam untuk melanjutkan pengajian di UKM terutama sekali di Fakulti Ekonomidan Pengurusan. Jangan lupa juga pilih kos Keusahawanan Inovasi. Best hehheeheh. Jumpa di hari yang akan datang dan semoga korang semua berjaya dunia dan akhirat hendakny. Byeee korang. J

                                                              Fakulti Ekonomi & Pengurusan

Tuesday, September 24, 2019

Pengalaman belajar di Tingkatan 6 : Tips & Nasihat

Assalamualaikum semua and apa khabar? Harap korang semua berada dalam keadaan baik hendaknya. Alright hari ni aku nak share ngan korang semua, terutama sekali untuk adik-adik semua yang dekat luar sana sekarang ni sedang menyambung pengajian di tingkatan 6. Okay hari ni aku nak share lah dengan korang semua tips belajar untuk students STPM.


Yang pertama sekali, kau kena betulkan balik apa niat sebenar kau masuk form 6. Macam aku dulu, niat aku sambung form 6 sebab aku ikhlas nak menuntut ilmu. Aku nak jadi manusia berilmu & berjaya. Sebab aku fikir kalau niat ikhlas nak tuntut ilmu, dengan mudahnya ilmu tu akan datang pada kau. InshaAllah. Sebab aku tahu tak semua yang masuk tingkatan 6 ini adalah pilihan korang kan. Macam aku jugak hehehhe. Tapi korang apa yang paling penting korang kena percaya dengan qada dan qadar Allah sebab Dia tahu apa yang terbaik untuk hambanya.


Yang kedua, tahu misi ataupun tujuan kenapa korang berada dimana korang berada sekarang. Tanya diri kau balik, kenapa kau masuk form 6. Sebab mak paksa ke? sebab dah takde universiti yang terima kau? sebab kau malas nak fikir, jadi kau masuk form 6? tapi mostly ramai yang kata korang masuk form 6 sebab nak ringankan beban mak ayah and korang nak cepat sambung degree kan hehehe. Sebab ni pun salah satu sebab kenapa aku masuk form 6 ni. Yelah belajar kat form 6 ni tak banyak pakai duit sangat mcm kat universiti. Lagi satu, form 6 takde ptptn so takde hutang apa la kau nak kena bayar lepas habis form 6. Bila kau dah masuk form 6 ni, kau kena ada tujuan & misi yang jelas. Sebab ni penting untuk korang tahu apa yang korang nak capai untuk masa hadapan korang semua.


Okay aku rasa ni paling penting lah dan ini yang selalu budak-budak lupa dan abaikan. Hormat dan restu mak ayah dan cikgu tu penting sebab nak cari keberkatan.Tolong jaga baik2 hubungan dengan mak ayah. Begitu jugak hubungan kau dengan cikgu, elakkan rasa marah atau benci. Masa cikgu tengah mengajar dan bagi penjelasan, tolonglah bagi perhatian sepenuhnya. Bila berjumpa, bagi salam dan tak salah pun kalau kau nak salam cium tangan cikgu tu bila habis class. ( tapi kalau kau perempuan, cikgu tu lelaki...tak payahlah mengada nak salam jugak!) 


So, tips aku yang terakhir adalah , berkaitan dengan agama. Jaga solat 5 waktu, kalau rajin buat solat sunat tahajjud & hajat selalu. Sentiasa berdoa mintak Allah permudahkan kau menuntut ilmu dan berikan kejayaan pada kau. Sebab kalau bukan dengan izin Allah, kau takkan dapat apa-apa. Hurmmm jadi sampai sini je kot aku dapat share dengan korang pengalaman dan tips serta nasihat sewaktu aku belajar di tingkatan enam. Sehingga bertemu lagi di masa yangakan datang. Bye. Assalammualaikum.

Kelebihan Jual Barang di Shopee

 Assalamualaikum semua...Apa khabar? saya baik2 saja..Harapnya kamu semua baik2 saya...Alright hari ni saya nak share dengan korang semua ke...